Giter Club home page Giter Club logo

mytor's Introduction

Stars Badge Forks Badge Pull Requests Badge Issues Badge GitHub contributors

Don't forget to hit the ⭐ if you like this repo.

PENYEDIAAN TERMA RUJUKAN

1.0 Kepentingan Terma Rujukan

Terma Rujukan (Terms of Reference - TOR) adalah kandungan utama yang diperlukan di dalam Dokumen Pelawaan.

TOR yang jelas dan lengkap adalah penting untuk memastikan perunding dapat memahami keperluan projek/kajian yang ingin dilaksanakan dan seterusnya memastikan kelancaran sesuatu projek/kajian. Penyediaan TOR yang baik dapat mengurangkan risiko kelewatan pelaksanaan projek/kajian, tambahan kos atau salah tafsiran ke atas kehendak sebenar Agensi. Selain itu, ia juga akan membantu Agensi dalam membuat anggaran kos perkhidmatan perunding dengan lebih tepat.

Agensi bertanggungjawab dalam menyediakan TOR bagi sesuatu projek/kajian yang ingin dilaksanakan. Penyediaan TOR sebaik-baiknya disediakan secara berpasukan, di mana pasukan tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai yang berpengetahuan dalam projek/kajian tersebut.

Agensi bertanggungjawab memastikan TOR yang disediakan hendaklah disemak dan diluluskan oleh JPP terlebih dahulu sebelum sebarang proses perolehan dilaksanakan.

2.0 Rangka Terma Rujukan

TOR hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya perkara-perkara berikut:

  • Latar belakang projek/kajian
  • Objektif pelantikan perunding
  • Skop perkhidmatan perunding
  • Tempoh perkhidmatan perunding
  • Kaedah penetapan kos perkhidmatan perunding
  • Deliverables (output yang dihasilkan)
  • Maklumat yang boleh disediakan oleh Kerajaan kepada Perunding
  • Brif projek (bagi projek pembangunan fizikal)
  • Perkara-perkara lain yang berkaitan

2.2 TOR Pra Kelayakan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya perkara-perkara berikut:

  • Latar belakang projek/kajian
  • Objektif pelantikan perunding
  • Skop perkhidmatan perunding

3.0 Latar Belakang Projek/Kajian

Latar belakang projek/kajian hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya perkara-perkara berikut:

  • Nama Projek/Kajian;
  • Objektif Projek/Kajian;
  • Lokasi Projek/Kajian;
  • Kos siling Projek/Kajian;
  • Justifikasi Projek/Kajian;
  • Sejarah Projek/Kajian (apa yang telah dilakukan setakat ini dan oleh siapa)(jika berkaitan);
  • Senarai Projek/Kajian yang berkaitan dan maklumat asas;
  • Justifikasi keperluan perkhidmatan perunding dalam Projek/Kajian;
  • Tempoh pelaksanaan Projek/Kajian; dan
  • Sumber pembiayaan

4.0 Objektif Pelantikan

TOR perlu menjelaskan dengan tepat objektif/tujuan dan hasil yang diharapkan daripada perunding adalah seperti berikut:

  • Penyediaan program pembangunan;
  • Penyediaan rekabentuk projek;
  • Penyediaan dokumen dan lukisan tawaran;
  • Pengurusan projek dan penyeliaan pembinaan;
  • Mengadakan Program Pembangunan Kapasiti/Latihan;
  • Peningkatan keupayaan dan latihan kakitangan;
  • Pengumpulan dan analisis data; dan
  • Perkara-perkara yang berkaitan berdasarkan keperluan projek/kajian

5.0 Skop Perkhidmatan Perunding

Bidang perkhidmatan perunding yang diperlukan.

Menjelaskan semua aktiviti utama yang akan dilaksanakan oleh perunding serta output yang dikehendaki.

Perunding bertanggungjawab mencadangkan pendekatan dan metodologi bagi menghasilkan output termasuk carta organisasi pasukan projek/kajian, peranan dan tanggungjawab setiap ahli pasukan serta jadual pelaksanaan projek/kajian.

Bagi projek pembangunan fizikal, skop perkhidmatan perunding hendaklah dikaitkan dengan keperluan Brif Projek.

6.0 Tempoh Perkhidmatan Perunding

Penetapan tempoh perkhidmatan perunding adalah berdasarkan jadual pelaksanaan projek pembangunan fizikal/kajian yang disediakan tertakluk kepada skop dan bidang perkhidmatan yang berkaitan.

Sebagai panduan kepada Agensi untuk menentukan tempoh perkhidmatan perunding adalah seperti berikut:

  • Projek Pembangunan Fizikal - bermula daripada pelantikan hingga tamat tempoh kecacatan/penutupan akaun projek bergantung pada keperluan Agensi;
  • Kajian – bermula daripada pelantikan sehingga laporan akhir diterima dan dipersetujui oleh Agensi; dan
  • Kerja Ukur – bermula daripada pelantikan sehingga pelan ukur (survey plan) siap dan dipersetujui oleh Agensi.

7.0 Kaedah Penetapan Kos Perkhidmatan Perunding

Penetapan kos perkhidmatan perunding bagi projek/kajian Kerajaan hendaklah menggunapakai kaedah seperti di Bab 5 (Kos Perkhidmatan Perunding) dan Bab 20 (Perunding Asing) di dalam Manual Perolehan Perkhidmatan Perunding Edisi 2011

8.0 Deliverables (Output yang dihasilkan)

Deliverables yang perlu disediakan oleh perunding adalah seperti berikut:

  • Laporan Inception / Konsep /Awalan;
  • Laporan Kemajuan Bulanan/Interim;
  • Laporan Akhir;
  • Laporan Kebenaran Merancang (bagi tujuan kelulusan perancangan pihak berkuasa tempatan – planning permission);
  • Laporan Cadangan Pembangunan (bagi tujuan kelulusan pembangunan pihak berkuasa tempatan – development order);
  • Laporan Kriteria Rekabentuk;
  • Laporan Pengiraan Reka Bentuk;
  • Laporan Akaun Muktamad Projek;
  • Laporan Jaminan dan Kawalan Kualiti (QAQC Report);
  • Dokumen tawaran;
  • Lukisan-lukisan tawaran;
  • Lukisan-lukisan pembinaan;
  • Lukisan-lukisan As-Built;
  • Laporan Pembaikan Kecacatan; dan
  • Lain-lain output yang bersesuaian mengikut keperluan projek/kajian

9.0 Maklumat yang boleh disediakan oleh Agensi kepada Perunding

Agensi boleh menyediakan data-data atau maklumat-maklumat berkaitan bagi membantu perunding memahami keperluan projek/kajian dengan lebih baik.

Agensi hendaklah mengingatkan perunding untuk menjaga, mengawas, dan mengawal semua rahsia Kerajaan selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

10.0 Brif Projek (Bagi Projek Pembangunan Fizikal)

Brif projek adalah untuk mendokumenkan dan memperjelaskan kepada Agensi Pelaksana dan perunding segala keperluan sesuatu pembangunan dari perspektif pengguna.

Brif projek sewajarnya menjelaskan keperluan terperinci projek termasuk hubung kait aktiviti-aktiviti antara satu sama lain, tatacara operasi dan penyelenggaraan kemudahan/bangunan tersebut. Brif projek hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi maklumat-maklumat berikut:

  • Aktiviti yang hendak dilakukan
  • Bilangan pengguna yang terlibat dalam aktiviti tersebut
  • Perkakas dan peralatan yang digunakan
  • Performance Specification
  • Keperluan kejuruteraan yang diperlukan
  • Lain-lain yang bersesuaian

Fail

No Jenis Penerangan Fail
1 Dokumen Penerangan berkaitan Terma Rujukan
2 TOR Pengurusan Knowledge Management System
3 TOR Kajian Pembangunan Model serta Kerangka bagi Analisis Data Raya dan Pelaporan Bersepadu
4 TOR Pembangunan Migrasi MeLGIS Melaka
5 Tender Kajian ISP Johor 2018-2022
6 Tender Pembangunan Sistem Repositori Penerbitan Ilmiah Malaysia (MYSITASI)
7 Tender Sistem Pengurusan Bersepadu, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia
8 Tender Sistem eAudit
9 Pekeliling Perolehan Perunding Secara Am
10 ISP Pelan Strategik Pendigitalan, JAN
11 ISP Pelan Strategik ICT, SPRM
12 PPriSA Panduan pengurusan projek ICT, Sektor Awam
13 PPriSA Pengurusan Projek ICT Sektor Awam
14 Contoh Pembentangan URS
15 Contoh UTM Smart
16 Contoh Kajian keperluan pengguna Sistem e-IPTS 2.0

Contribution 🛠️

Please create an Issue for any improvements, suggestions or errors in the content.

You can also contact me using Linkedin for any other queries or feedback.

Visitors

mytor's People

Contributors

drshahizan avatar

Stargazers

 avatar  avatar

Watchers

 avatar  avatar

Recommend Projects

  • React photo React

    A declarative, efficient, and flexible JavaScript library for building user interfaces.

  • Vue.js photo Vue.js

    🖖 Vue.js is a progressive, incrementally-adoptable JavaScript framework for building UI on the web.

  • Typescript photo Typescript

    TypeScript is a superset of JavaScript that compiles to clean JavaScript output.

  • TensorFlow photo TensorFlow

    An Open Source Machine Learning Framework for Everyone

  • Django photo Django

    The Web framework for perfectionists with deadlines.

  • D3 photo D3

    Bring data to life with SVG, Canvas and HTML. 📊📈🎉

Recommend Topics

  • javascript

    JavaScript (JS) is a lightweight interpreted programming language with first-class functions.

  • web

    Some thing interesting about web. New door for the world.

  • server

    A server is a program made to process requests and deliver data to clients.

  • Machine learning

    Machine learning is a way of modeling and interpreting data that allows a piece of software to respond intelligently.

  • Game

    Some thing interesting about game, make everyone happy.

Recommend Org

  • Facebook photo Facebook

    We are working to build community through open source technology. NB: members must have two-factor auth.

  • Microsoft photo Microsoft

    Open source projects and samples from Microsoft.

  • Google photo Google

    Google ❤️ Open Source for everyone.

  • D3 photo D3

    Data-Driven Documents codes.